Plot Full Metal Daemon: Muramasa

Tsurugi (劒冑) ialah roh bernyawa yang ditempa menjadi satu set zirah perisai. Tsurugi adalah antara senjata paling berkuasa yang pernah wujud di dunia. Para penyandangnya dikenali sebagai Musha (武者) - pahlawan yang dikurniakan kuasa untuk terbang tinggi di langit dan mneghunus bilah pedang yang boleh merobek walaupun keluli.

Negara kepulauan Yamato, yang ditadbir oleh Keshogunan Rokuhara pada separuh pertama abad ke-20, mempunyai khabar angin berkenaan sebuah Musha yang menyandang zirah perisai perak, yang hanya dikenali sebagai Ginseigo, Si Bintang Perak, yang masih terbang berlegaran: sebuah tirani perak yang kejam yang tidak meninggalkan apa-apa selain kemusnahan belaka pada bangkitnya ia, membunuh segala-galanya di laluannya tanpa perbezaan.

Tanpa diketahui oleh umum, hanya ada seorang Musha yang mampu menentang syaitan perak ini. Seorang lelaki yang sentiasa sendiri, menyandang Tsurugi merah, mengejar musuh azalinya, Si Bintang Perak, menewaskan pembunuh-pembunuh bersiri dan bala tentera Keshogunan yang cuba menghalangnya.

Walau bagaimanapun, pedangnya tidak didorong oleh murkanya sang keadilan, dan dia tidak akan pernah sesekali menggelarkan dirinya sebagai pahlawan. Kerana Tsuruginya tidak lain adalah Muramasa yang tersumpah, yang lima abad yang lalu telah membawa kehancuran kepada tanah dijejakinya, dan darah yang tidak bersalah adalah harganya untuk sebuah kekuatannya yang dahsyat.